Al-Kafi,Raudhah Al-Kafi : Mashaf Ali Bin Al-Husain A.S Mengenai Zuhud

Standar

Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin ‘Isa, dan Ali bin Ibrahim daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Mahbub daripada Malik bin ‘Atiyyah, daripada Abu Hamzah berkata: Aku tidak pernah mendengar seorang yang lebih zuhud daripada Ali bin al-Husain a.s selain Ali bin Abu Talib a.s, Abu Hamzah berkata: Imam Ali bin al-Husain a.s apabila beliau bercakap mengenai zuhud dan memberi nasihat, orang ramai di hadapannya menangis. Abu Hamzah berkata: Aku telah membaca mashaf mengenai kezuhudan Ali bin al-Husain a.s, lalu aku menulisnya kemudian aku mendatangi Ali bin al-Husain a.s. Aku telah membentangkannya kepadanya, lalu beliau a.s memperakuinya dan membetulkannya, antaranya seperti berikut:

Bismillahir Rahmanir Rahim

Allah telah mencukupi kami dan kamu mengenai tipu muslihat golongan yang zalim, kezaliman para pendengki dan keganasan penguasa-penguasa. Wahai mukminun, janganlah kamu difitnahkan oleh golongan taghut, pengikut-pengikut mereka yang mencintai dunia ini, terpesona dengannya dan mengejar habuannya yang sementara. Berhati-hatilah dengannya sebagaimana telah diberi peringatan oleh Allah, bersifat zuhudlah sebagaimana telah diterangkan oleh Allah. Janganlah kamu cenderung kepada dunia sebagaimana mereka yang mengambilnya sebagai tempat tinggal yang kekal.

Demi Allah, sesungguhnya bagi kamu bukti dan peringatan mengenai berlalu hari-harinya, perubahannya dan permainannya dengan penghuninya. Sesungguhnya dunia mengangkat yang hina, menjatuhkan yang mulia dan mengheret beberapa golongan ke neraka kelak. Ini semua adalah sebagai teladan, ujian dan ancaman bagi orang yang sedar.

Setiap perkara yang mendatangi kamu malam dan siang sama ada fitnah, bid‘ah, sunnah yang zalim, takut kepada penguasa dan waswas syaitan adalah natijah daripada kelalaian hati, lunturnya daripada petunjuk dan tidak mengetahui ahli kebenaran melainkan sedikit sahaja yang dipelihara oleh Allah. Tidak diketahui perjalanan hari-harinya, perubahannya dan bahaya fitnahnya melainkan mereka yang dipelihara oleh Allah, lalu memilih jalan petunjuk dan lurus. Kemudian diikuti dengan zuhud, berfikiran sedemikian, memberi nasihat mengenai kesabaran, lalu dia beramal dengannya. Zuhud daripada kebahagian dunia yang cepat hilang dan menjauhi diri daripada kelazatannya kerana cintakan nikmat akhirat yang berterusan dan beramal untuk mendapatkannya. Dia menunggu kematian dan membenci kehidupan bersama golongan yang zalim.
Dia melihat kepada dunia dengan matanya yang tajam; dia melihat peristiwa fitnah, kesesatan bid‘ah dan kezaliman penguasa-penguasa. Sesungguhnya kamu telah membelakangi perkara-perkara yang telah berlalu di hari-hari yang sunyi daripada fitnah dengan alasan menjauhi ahli bid‘ah, kezaliman dan kerosakan di bumi tanpa kebenaran. Justeru pohonlah pertolongan dengan Allah, kembalilah kepada ketaatan Allah dan ketaatan mereka yang lebih berhak (aula) ditaati yang terdiri daripada mereka yang diikuti, lalu ditaati.

Berhati-hatilah daripada penyesalan dan berhadapan dengan Allah di kemudian hari. Demi Allah, seorang kaum yang melakukan kemaksiatan kepada Allah akan berakhir kepada azab-Nya. Begitu juga seorang kaum yang mencintai dunia berbanding akhirat akan menerima padahnya. Justeru pengetahuan mengenai Allah dan beramal dengannya merupakan dua perkara yang bertaut. Sesiapa yang mengenali Allah, nescaya dia akan takut kepada-Nya dan ketakutannya akan mendorongnya beramal mentaati Allah.

Sesungguhnya mereka yang mempunyai ilmu dan pengikut- pengikut yang mengenali Allah, beramal untuk-Nya dan mencintaiNya. Allah berfirman di dalam Surah Faatir (35):28 “Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hamba-hambaNya adalah ulama”. Lantaran itu, janganlah kamu menuntut sesuatu di dunia ini dengan kemaksiatan kepada Allah. Bekerjalah di dunia ini dengan mentaati Allah, ambillah peluang ini dan berusahalah untuk kejayaan kamu di hari esok daripada azab Allah, kerana ia adalah lebih hampir kepada kejayaan. Justeru laksanakanlah perintah Allah dan taatilah mereka yang diwajibkan oleh Allah. Janganlah kamu melaksanakan perkara-perkara yang ditujukan
terhadap kamu untuk mentaati taghut kerana inginkan habuan dunia dari mentaatiNya dan uli l-Amr di kalangan kamu. Ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu adalah hamba-hamba Allah, kami bersama-sama kamu. Dia menghukum ke atas kami dan kamu pada hari Kiamat. Lantaran itu, bersedialah segala jawapan dan pembentangan sebelum wukuf di hadapan Tuhan semesta alam, seorang tidak boleh bercakap melainkan dengan izin-Nya.
Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan membenarkan di hari itu pembohong dan tidak akan membohongi orang yang benar. Dia tidak akan menolak keuzuran orang yang berhak, Dia tidak memaafkan selain daripada orang yang uzur. Bagi-Nya hujah ke atas makhluk-Nya melalui para rasul dan para wasi selepas para rasul. Justeru bertakwalah kepada Allah, wahai hamba-hamba Allah, bersedialah untuk memperbaiki diri kamu (islahi anfusi-kum), mentaati Allah dan mentaati orang yang kamu mewalikannya dalam ketaatan kamu kepada Allah.

Mudah-mudahan orang yang telah menyesal di atas apa yang dilakukannya kelmarin dan mengabaikan hak-hak Allah, lalu memohon keampunan-Nya dan bertaubat kepada-Nya, maka Dia menerima taubatnya dan memaafkan kejahatannya. Dia mengetahui apa yang kamu lakukan.

Jauhilah dari bersahabat dengan pelaku-pelaku maksiat, menolong golongan yang zalim dan berjiran dengan golongan yang fasiq. Berhati- hatilah mengenai fitnah mereka dan hindarilah dari halaman mereka. Ketahuilah bahawa sesiapa menyalahi para wali Allah, beragama selain

daripada agama Allah dan berpegang dengan perintah selain daripada perintah wali Allah, nesaya dia akan berada di neraka yang akan memakan badan-badan mereka dan akan menambah lagi kecelakaannya. Mereka itu bagaikan orang mati yang tidak merasai kepanasan api.

Sekiranya mereka orang yang hidup, nescaya mereka merasai kepanasan api neraka. Justeru ambillah teladan, wahai golongan yang mempunyai mata hati.

Pujilah Allah kerana hidayah-Nya kepada kamu. Ketahuilah bahawa kamu tidak terkeluar daripada kekuasaan Allah kepada kekuasaan selain daripada-Nya. Allah dan rasul-Nya akan melihat amalan-amalan kamu. Kemudian kepada-Nya kamu akan dihimpunkan. Lantaran itu, manfaatkanlah nasihat ini dan beradablah dengan adab-adab para salihin.

Posted from WordPress for BlackBerry.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s