Al-Kafi,Raudhah Al-Kafi : Wasiat Amir Al-Mukminin A.S Mengenai Taqwa

Standar

Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Kufi, daripada Abd al- Wahid bin al-Sawwaf, daripada Muhammad bin Ismail al-Hamdani daripada Abu al-Hasan Musa a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s pernah berwasiat kepada para sahabatnya dan berkata: Aku berwasiat kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah, kerana ia merupakan suatu kegembiraan bagi penuntut yang berharap dan suatu kepercayaan bagi orang yang lari dan mengharap perlindungan. Justeru jadilah takwa sebagai slogan kebatinan, ingatlah kepada Allah dengan ingatan yang ikhlas, nescaya kamu akan hidup dengan penghidupan yang lebih baik dan berjalan di atas landasan yang betul.

Lihatlah kepada dunia dengan penglihatan seorang zuhud yang akan berpisah daripadanya, kerana ia akan menghilangkan penghuni yang mendiaminya, mendukacitakan orang yang mewah, kerana dia sendiri tidak mengetahui apa yang sedang datang kepadanya untuk dia menunggunya.

Hadapilah bala dengan ketenangan, kerana dunia akan binasa. Kegembiraan bercampur dengan dukacita, tinggal lama di dunia membawa kepada kelemahan. Ia sepertilah taman yang kelihatan indah, mengagumkan sesiapa yang melihatnya. Tetapi apabila angin kencang tiba, ia merosakkan taman tersebut sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Kahfi (18) :45 “Kemudian tumbuh-tumbuhan menjadi kering yang diterbangkan oleh angin. Dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala suatu”. Justeru lihatlah kepada dunia betapa banyaknya perkara yang mengagumkan kamu dan betapa sedikitnya perkara yang memanfaatkan kamu.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s